Yahaya Bin Embi Vs 1. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ; 2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Kerajaan Malaysia

  

Download PDF Here

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN RAYUAN & KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN NO: 25-211-10/2013

 

Dalam perkara permohonan oleh Yahaya bin Embi untuk

 

Dan

 

Dalam perkara keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat bertarikh 30hb Ogos 2013 yang diterima pada 3hb September 2013

 

Dan

 

Dalam perkara Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Bab C,D & F)

 

Dan

 

Dalam perkara 5,8 & 135 Perlembagaan Persekutuan

 

Dan

 

Dalam perkara Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

 

ANTARA

 

YAHAYA BIN EMBI – PEMOHON

 

DAN

 

1. PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 

2. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 

3. KERAJAAN MALAYSIA – RESPONDEN-RESPONDEN

 

1

 

ALASAN PENGHAKIMAN

 

Di dalam kes ini, pemohon memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman untuk mendapatkan antara lainnya, perintah-perintah yang berikut:

 

a. Satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Responden Kedua yang mengenakan hukuman buang kerja terhadap pemohon sebagai Penguasa Kastam Gred W44 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang berkuatkuasa mulai 19 Ogos 2013 melalui surat yang bertarikh 30 Ogos 2013 ; dan

 

b. Satu perintah mandamus terhadap responden-responden agar pemohon ditempatkan semula jawatannya dan dirujuk kepada Lembaga Perubatan menurut Bahagian III Bab F Perintah-Perintah Am 1974.

 

Latar Belakang Ringkas

 

[2] Melalui surat yang bertarikh 28 Mei 2013, pemohon telah dihadapkan dengan 3 pertuduhan yang secara ringkasnya ialah seperti yang berikut:

 

i. Tidak hadir bertugas selama 235 hari dalam tahun 2012

 

2

 

ii. Masuk lewat ke pejabat 25 kali dan keluar awal pejabat 5 kali dalam tahun 2012 ;

 

iii. 2 kali tidak mengetik kad perakam waktu dalam tahun 2012

 

[3] Pemohon diminta untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh 21 hari yang mana pemohon telah melakukan melalui surat yang bertarikh 25 Jun 2013. Antara perkara yang dinyatakan dalam surat tersebut ialah pemohon memerlukan rawatan alternatif kerana terkena sihir hitam dan pihak majikannya tidak prihatin terhadap kesihatan dan kebajikannya. Melalui surat yang bertarikh 30 Ogos 2013 yang diterima pemohon pada 03 September 2013, pemohon didapati bersalah oleh pihak Lembaga Tatatertib di atas pertuduhannya dan dikenakan hukuman buang kerja yang berkuatkuasa mulai 19 Ogos 2013.

 

[4] Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib itu lalu memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman ini dengan membangkitkan isu-isu yang berikut:

 

(a) Pemohon dinafikan hak untuk dibicara secara lisan bertentangan dengan Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan;

 

(b) Jenis kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadap pemohon adalah tidak setimpal;

 

3

 

(c) Pemohon tidak sihat dan perkara ini tidak dipertimbangkan oleh responden-responden dan responden-responden tidak merujuk pemohon ke Lembaga Perubatan bagi menentukan tahap kesihatannya.

 

(d) Pemohon tidak dibekalkan dengan apa-apa maklumat, dokumen, rekod, laporan, kenyataan dan/atau keterangan yang telah ditimbangkan oleh responden-responden termasuk Laporan Siasatan Tatatertib.

 

Keputusan

 

[5] Kuasa Mahkamah dalam kes-kes Tatatertib Pegawai Awam telah dinyatakan dalam kes Norizan Bakar v Panzana Enterprise Sdn Bhd [2013] 9 CLJ 409 seperti yang berikut:-

 

The right of public officers to challenge any disciplinary action against them is well explained by Peh Swee Chin FCJ in Ng Hock Cheng which are as follows:

 

A public officer is entitled to impugn any allegation or accusation of any disciplinary breach against him by way of judicial review on the protection given by art. 135 of the Federal Constitution providing that no member of such service shall be dismissed or reduced in rank except: (a) only by an authority that appointed him in the first place; and (b) after being given a reasonable opportunity of being heard. He is, in addition, entitled to protection from sufficient compliance with the rules of natural justice and the disciplinary procedure provided therefore, see

 

4

 

Mohd bin Ahmad v. Yang Di Pertua Majlis Daerah Jempol, Negeri Sembilan & Anor [1997] 3 CLJ135; [1997] 2 MLJ361.

 

[6] Saya telah meneliti kertas-kertas kausa dan menimbangkan hujahan pihak-pihak yang dibuat secara bertulis dan oral. Berikut ialah keputusan saya berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan itu.

 

(a) Pemohon dinafikan hak untuk dibicara secara lisan bertentangan dengan Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan

 

i. Berkenaan isu ini Mahkamah Persekutuan dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 CLJ 577 melalui keputusan majoriti memutuskan antara lainnya bahawa:-

 

“ [27] I dare say that the law is settled in cases of this genre.

 

This can be gleaned from several decisions which were decided prior to Utra Badi and Vickneswary; see Hajjah Halimatussaadiah binti Haji Kamaruddin v. Public Services Commission, Malaysia & Anor [1994] 3 CLJ 532, Ghazi bin Mohd Sawi v. Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 CLJ 333, Zainal Hashim v. Government of Malaysia [1979] 1 LNS 132 and Najar Singh v. Government of Malaysia & Anor [1974] 1 LNS 101.

 

5

 

[28] From the authorities referred to above, I am of the view that the law is settled. Thus, an oral hearing may be given in instances where the disciplinary authority considers that the case against the officer requires further clarification and consequently appoint a Committee of Inquiry pursuant to GO 26(5) of the GO (Chapter D). If the disciplinary authority considers that no further clarification is required, I do not think that the officer concerned can insist or demand that a Committee of Inquiry be appointed.” (Penekanan ditambah)

 

ii. Keputusan majoriti di dalam kes Tay Chai Huat (Supra) itu telah menolak keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusof Sudin v Suruhanjaya Perkhidamatan Polis & Anor [2012] 1 CLJ 448 yang antara lainnya memutuskan :

 

“ that when there is a request by a public officer for an oral hearing after he had denied all the charges then he

 

should be offered an oral hearing to satisfy the requirement of article 135 (2) of the Federal Constitution.”

 

iii. Keputusan majoriti di dalam kes Tay Chai Huat (Supra) itu menyatakan :

 

[54] This court creates precedents. The use of precedent is an indispensable foundation on which to decide what is the law and how it should be applied in individual cases. Utra Badi and Vickeswary are decisions that settled the law in

 

6

 

cases of this genre with finality. I would think that this court would have need to hesitate long before distinguishing Utra Badi and Vickneswary on inadequate grounds or on a hypothetical issue raised by the appellants in appeals before this court such as whether there are exceptions to the ratio decidendi formulated in both authorities. Such hypothetical issues raised in cases of this genre can have disruptive and seemingly unfair consequences and extremely capricious results. It creates uncertainty in the law and would seriously hinder administration of the General Orders by the government departments resulting in administrative confusion. For the aforesaid reasons adumbrated, I am unable to follow the majority decision in Yusof Sudin.

 

iv. Berpandukan kepada keputusan majoriti di atas, saya berpendapat bahawa kedudukan undang-undang terkini menurut duluan yang mengikat (precedent) berkenaan isu pendengaran lisan ini ialah keperluan pendengaran lisan bagi seseorang pegawai yang dituduh dengan kesalahan tatatertib (samaada ia memohon untuk pendengaran lisan atau tidak), adalah bergantung kepada keputusan autoriti tatatertib yang menyiasat itu sendiri dan pegawai itu tidak boleh mendesak untuk pendengaran lisan.

 

7

 

v. Tindakan terhadap pemohon dibuat berdasarkan peruntukan Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang dipinda melalui P.U (A) 246/2002 ( selepas ini dirujuk sebagai PPA (K &T) 1993. Di dalam kes Tay Chai Huat (Supra) peruntukan yang dirujuk ialah Perintah Am 26 (5), Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab D) 1980 (selepas ini dirujuk sebagai GO(D). Namun demikian, peruntukan Perintah Am 26(5) GO(D) itu tidak berbeza dari segi maksudnya dengan peruntukan peraturan 37(5) PPA (K&T) 1993. Kedua-dua peruntukan itu ialah berkenaan dengan prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

 

vi. Peruntukan Perintah Am 26(5) GO(D) itu antara lainnya berbunyi seperti yang berikut:

 

“ 26(5) Jika Pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu memerlukan penjelasan selanjutnya, Pihak Berkuasa Tatatertib itu bolehlah melantik satu Jawatankuasa Siasatan…. ”

 

vii. Manakala peruntukan Peraturan 37(5) PPA (K&T) 1993 ialah seperti yang berikut:

 

8

 

“ 37(5) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan lanjut, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan bagi mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian.

 

viii. Kedua-dua peruntukan di atas dengan jelas menyebut bahawa Jawatankuasa Siasatan hanya perlu dilantik jika Pihak Berkuasa Tatatertib memerlukan atau menghendaki penjelasan lanjut. Ini bermakna jika Pihak Berkuasa Tatatertib berpuas hati bahawa penjelasan lanjut tidak diperlukan, dan bahawa setelah menimbangkan segala fakta dan dokumen yang termasuklah representasi yang diberikan oleh pemohon, bahawa representasi pemohon tidak dapat membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya, maka Pihak Berkuasa Tatatertib bolehlah membuat keputusan untuk membuang kerja pemohon seperti yang diperuntukkan oleh Peraturan 37 (4) PPA (K&T) 1993. Ini telah pun dijelaskan oleh responden di dalam afidavit jawapan di Lampiran 7, perenggan 5 (g). Peruntukan 37(4) ini adalah sama dengan Perintah Am 26(4) GO(D).

 

9

 

ix. Apa yang lebih utamanya, saya berpendapat bahawa keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tay Chai Huat (Supra) itu adalah tetap terpakai bagi kes-kes yang disiasat di bawah peraturan 37 PPA (K&T) 1993 kerana walaupun peraturan 37 PPA (K&T) 1993 telah menggantikan Perintah AM 26 GO(D), namun isi peruntukan kedua-duanya masih sama.

 

x. Justeru, atas alasan-alasan di atas, saya berpendapat bahawa tiada merit di dalam hujahan pemohon berkenaan isu ini.

 

(b) Jenis kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadap pemohon adalah tidak setimpal; dan

 

(c) Pemohon tidak sihat dan perkara ini tidak

 

dipertimbangkan oleh responden-responden dan responden-responden tidak merujuk pemohon ke Lembaga Perubatan bagi menentukan tahap

 

kesihatannya.

 

i. Pemohon mendakwa bahawa di dalam kes ini, hukuman yang diberi iaitu membuang kerja adalah tidak munasabah memandangkan sebab beliau tidak hadir bekerja ialah kerana beliau tidak sihat. Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Norizan Bakar v

 

10

 

Panzana Enterprise Sdn Bhd [2013] 9 CLJ 409 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut:-

 

“ [25] In Ng Hock Cheng ‘s case, ….The Federal Court answered the question in the negative and with the decision took the opportunity in affirming the dissenting judgment of NH Chan in Tan Teck Seng in the following words:

 

The test is not what the Court of Appeal or the High Court thinks should be the appropriate penalty. Whether dismissal or a lesser penalty (like a reduction in rank) was appropriate is not for the court to say. The court must not substitute its own views as to what is the appropriate penalty (for the employee’s misconduct) for the view of the particular employer concerned.

 

[26] There is no dispute that the above two cases involved public servants and disciplinary procedures relating to them. It can also be no dispute that by operation of arts. 135 and 132 of the Federal Constitution, a public servant who wishes to challenge any allegation of misconduct against him, for which punishment has been imposed, can only do so by challenging it in the High Court by way of judicial review. The said public servant cannot challenge the punishment imposed, but only on the allegations preferred against him.. (penekanan ditambah)

 

[27] Peh Swee Chin FCJfurther explained why the court must not substitute its own views as to what is the appropriate penalty (for the employee’s misconduct) for the view of the particular employer concerned. His Lordship stated that:

 

11

 

If the public officer succeeds in so impugning, any order of punishment including an order of dismissal can be declared invalid or void, and such order being so declared void, is deemed not to have been made at all or is deemed to have been only purportedly made previously. But if the public officer fails to so impugn, any order of punishment remains and there should be no further review on such order of punishment. ”

 

ii. Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, saya berpendapat, mahkamah sememangnya tidak mempunyai bidangkuasa untuk menentukan samada hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Isu samaada pemohon perlu diberi pendengaran seterusnya berkenaan hukuman yang sewajarnya selepas Pihak Berkuasa Tatatertib telah memutuskan bahawa pemohon bersalah telah juga diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Gnanasekaran Krishnasamy v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Ors [2012] 2 CLJ 985 seperti yang berikut:-

 

[34] We find it quite glaring the flaw in the assertion made before us by the appellant. For instance, where an officer is served with a show cause letter stating the disciplinary offence he is alleged to have committed and the possible

 

12

 

punishment that could be imposed against him, does not make any representation as requested or admit to the disciplinary offence as in the instant case or the representation is obviously without merit and does not exculpate him, should another hearing or representation be afforded to him before punishment is imposed? We do not think so. Would such hearing be an exercise in futility? We think so. After all in the event that further clarification is required O. 26(5) and the subsequent provisions thereof of the GO are available to be complied with accordingly. (penekanan ditambah)

 

[35] Reverting to this present case, the appellant admitted to the disciplinary offences as charged and sought for forgiveness. In such circumstance it could be said that on his own volition the appellant did make his plea of mitigation in the same representation. As such the DB was entitled ‘to proceed to consider and decide on the dismissal or reduction in rank’ of the appellant. Therefore the question of him being prejudiced does not arise.

 

iii. Berdasarkan di atas, saya berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh pemohon berkenaan hukuman yang tidak setimpal tidak patut dilayan oleh Mahkamah ini.

 

iv. Rujuk juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hock Chang v Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 CLJ 405.

 

13

 

v. Seterusnya saya merujuk kepada Peraturan 23 PPPA (K & T) 1993 yang memperuntukkan bahawa:-

 

“24. Disciplinary action for absence without leave.

 

An officer’s absence from duty without leave or without prior permission or without reasonable cause shall render him liable to disciplinary action ”

 

vi. Di dalam hal ini, pemohon berkewajipan memaklumkan kepada ketua jabatan berkenaan ketidakhadirannya sebelum mengambil cuti sakit/ cuti kecemasan mahupun cuti rehat. Walaupun dalam kes ini pemohon mendakwa ia tidak sihat, beliau sepatutnya mendapatkan kebenaran ketuanya terlebih dahulu sebelum mengambil cuti tersebut. Saya bersetuju dengan pendirian responden-responden bahawa walaupun pemohon mengemukakan surat-surat dari hospital-hospital yang mengesahkan beliau kurang sihat, namun surat-surat tersebut hanya dikeluarkan pada tahun 2013, sedangkan pemohon mengambil cuti tersebut pada tahun 2012. Maka tindakan pemohon ini jelas adalah suatu pemikiran semula dan tidak memenuhi keperluan peraturan 24 itu. Pada hemat saya, tidak wujud keperluan untuk responden-responden merujuk pemohon kepada Lembaga Perubatan untuk menentukan tahap kesihatannya

 

14

 

kerana dari awalnya lagi pemohon tidak mendapat kebenaran untuk mengambil cuti sakit tersebut. Pertuduhan yang dihadapkan ke atas pemohon adalah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab-sebab yang munasabah selama 234 hari, telah masuk lewat ke pejabat selama dua puluh lima (25) kali dan keluar awal dari pejabat sebanyak lima(5) kali tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah dan tidak mengetik kad perakam waktu semasa masuk ke pejabat sebanyak dua (2) kali tanpa sebab yang munasabah. Tindakan tatatertib yang diambil ke atas pemohon tiada kaitan dengan tidak merujuk pemohon kepada Lembaga Perubatan. Sebaliknya, tindakan tatatertib yang dikenakan adalah atas kesalahan yang telah dilakukan oleh pemohon di bawah PPA (K & T) 1993.

 

vii. Selain itu, dari keterangan-keterangan yang ada, saya dapati bahawa pemohon sememangnya telah memohon cuti tanpa gaji bagi tahun-tahun 2010 dan 2011 atas alasan tidak sihat dan kesemuanya telah diluluskan oleh responden masing-masing dalam:-

 

surat bertarikh 27.6.10 (cuti dari 1.7.10-31.8.10),

 

Surat bertarikh 27.8.10 (cuti dari 1.9.10 hingga 31.10.10),

 

Surat bertarikh 6.4.2011 (cuti dari 1.3.11 hingga 31.5.11),

 

15

 

Surat bertarikh 16.6.11 (cuti dari 1.6.11 hingga 30.6.11), Surat bertarikh 4.8.11 ( cuti dari 8.8.11 hingga 26.8.11) Surat bertarikh 16.11.11 (cuti dari 28.11.11 hingga 1.1.12) (seperti dalam Eks. A affidavit Sokongan Pemohon.)

 

viii. Maka wujud persoalan mengapakah pemohon tidak melakukan perkara yang sama pada tahun 2012 dan perkara ini tidak diperjelaskan oleh pemohon. Selain itu, saya juga mendapati tiada bukti yang ditunjukkan bahawa pemohon pernah memohon kepada responden untuk dirujuk kepada Lembaga Perubatan untuk menentukan tahap kesihatan beliau. Malahan dalam surat representasi beliau sendiri beliau mengaku bahawa beliau tidak hadir bekerja.

 

ix. Walau apa jua alasan yang dikemukakan, adalah wajar bagi pemohon sebagai seseorang kakitangan awam yang bertanggungjawab, mendapatkan kebenaran sebelum mengambil cuti. Justeru saya berpandangan kedua-dua isu yang dibangkitkan oleh pemohon dalam hal ini hendaklah ditolak.

 

16

 

(d) Pemohon tidak dibekalkan apa-apa maklumat, dokumen, rekod, laporan, kenyataan dan/atau keterangan yang telah ditimbangkan oleh responden-responden termasuk

 

Laporan siasatan tatatertib.

 

i. Dalam hal ini, dari pengamatan kepada afidavit-afidavit yang difailkan, saya mendapati bahawa pemohon tidak pernah memohon untuk dibekalkan dengan sebarang dokumen oleh responden-responden seperti yang disebut di dalam perenggan 11.1 dan 11.2 afidavit jawapan responden-responden. Tiada juga peruntukan undang-undang yang mewajibkan pemohon dibekalkan dengan segala maklumat/dokumen sedemikian. Dalam hal ini saya bersetuju dengan hujah responden bahawa apabila tiada obligasi atau kewajipan di bawah undang-undang untuk responden-responden membekalkan sebarang maklumat, dokumen, rekod laporan, kenyataan dan/atau keterangan yang ditimbangkan oleh responden-responden, maka tiada ketidakpatuhan prosedur wujud di dalam tindakan tatatertib yang diambil oleh responden-responden sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Mohd Noor bin Abdullah v Nordin bin Haji Zakaria & Anor [2004] 2 CLJ 777 bahawa tiada perlanggaran keadilan prosedur di mana tiada kewajipan yang ditentukan oleh Peraturan. Di mukasurat 784/f Hakim

 

17

 

Mahkamah Persekutuan Siti Norma Yaakob ( ketika itu) memutuskan:

 

“ since the 1970 Regulations impose no duty on the 1st appellant to inform the respondent at the first opportunity of the likelihood of his dismissal or reduction in rank, the 1st appellant cannot be said to have deprived the respondent of any procedural fairness as there cannot be any breach of duty where one exists in law.”

 

ii. Hakim Mahkamah Agung Jemuri Serjan (ketika itu) pula telah memutuskan di dalam kes Ghazi bin Sawi v Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 MLJ 114 terhadap isu “adding words into them ( ‘the GO’) which were never intended.” Di muka surat 130/I, mengatakan :

 

“ In dealing with Ch D of the 1980 General Orders we remind ourselves that we are dealing with General Orders that have legislative effect and we must guard ourselves against adding words into them which were never intended”.

 

iii. Selanjutnya, kedudukan berkenaan membekalkan dokumen yang tidak pernah dipohon semasa prosiding tatatertib telah turut dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chai Kok Choi v Ketua

 

18

 

Polis Negara & 2 Ors [2008] 1 CLJ 113 di muka surat 120 E-F:

 

“ In the present case the whole investigation papers were given to the Disciplinary Authority. But they were not made available to the appellant as such the appellant contended there was a miscarriage justice. To that argument the Court of Appeal said inter alia that “ there is no added duty on the disciplinary authority to provide documents without any request being made by the offending officer.”

 

iv. Dalam kes ini, responden-responden telah menjelaskan semua langkah yang diambil menurut PPPA (K&T) 1993 dan tiada cabaran terhadapnya. Pemohon juga mengaku kesalahan beliau dalam surat representasi beliau. Tidak juga terdapat cabaran terhadap pihak berkuasa yang memecat beliau. Maka saya berpendapat setakat prosedur pemberhentian perkhidmatan segalanya telah dipatuhi oleh responden-responden.

 

v. Saya bersetuju sepenuhnya dengan responden-responden bahawa tidak terdapat sebarang pelanggaran kaedah-kaedah asasi dan keadilan prosedur apabila responden-responden tidak membekalkan dokumen kepada pemohon.

 

19

 

Kesimpulan

 

[7] Berdasarkan di atas, saya bersetuju dengan responden-responden bahawa tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pemohon telah dibuat menurut peruntukkan dan proses undang-undang yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, tiada apa-apa unsur “illegality, ‘irrationality’ atau ‘procedural impropriety’ di dalam perkara semasa yang boleh mencacatkan ‘the decision making process’ responden-responden.

 

[8] Justeru permohonan pemohon ini saya tolak dengan kos.

 

DATO’ ZALEHA BINTI YUSOF HAKIM

 

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR.

 

Bertarikh : 26 Jun 2014

 

20

 

Bagi Pemohon: Muhammad Faiz Fadzil bersama Mohd Kamarul Arifin bin Mohd Wafa ; Tetuan Kamarul Arifin Wafa & Associates

 

Bagi Responden: Nurul Farhana binti Khalid; Jabatan Peguam Negara Putrajaya

 

21

PDF Source: http://kl.kehakiman.gov.my