Xybase Technologies (M) Sdn Bhd � Plaintif Dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad � Defendan

  

Download PDF Here

Alasan Penghakiman No: D3-22-1259-2004

 

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

 

GUAMAN NO: D3-22-1259-2004 DIGABUNG BERSAMA D7-22-476-2005

 

ANTARA

 

XYBASE TECHNOLOGIES (M) SDN BHD … PLAINTIF

 

DAN

 

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD … DEFENDAN

 

ALASAN PENGHAKIMAN OLEH YANG ARIF HAKIM DATO’ TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT

 

1

 

Alasan Penghakiman No: D3-22-1259-2004

 

XYBase Technologies (M) Sdn Bhd telah memberi pinjaman sebanyak RM1,000,000.00 kepada Popular Profile Sdn Bhd. XYBase mengatakan bahawa Perbadanan Usahawan Nasional Berhad telah menjamin pinjaman tersebut melalui suatu ‘Letter of Comfort’. Popular Profile telah gagal membuat pembayaran balik pinjaman itu kepada XYBase and Popular Profile telah digulung. Melalui tindakan ini XYBase menuntut daripada Perbadanan Usahawan satu deklarasi bahawa Perbadanan Usahawan adalah penjamin kepada pinjaman itu dan untuk pembayaran RM1,000,000.00.

 

Terdapat kes No. D7 – 22 – 476 – 2005 (tindakan D7) yang telah digabungkan dengan tindakan ini. Di dalam tindakan D7 Perbadanan Usahawan telah memfailkan tuntutan terhadap XYBase and 4 orang yang lain untuk jumlah sebanyak RM3,337,267.56 berserta faedah. Pembelaan yang ditimbulkan oleh XYBase dalam tindakan D7 adalah sama dengan tuntutan XYBase di sini. Di dalam kes D7 Perbadanan Usahawan telah membuat permohonan untuk penghakiman terus terhadap XYBase. Pembelaan XYBase telah ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar dan penghakiman terus dimasukkan terhadap XYBase memihak Perbadanan Usahawan. YA Hakim telah mengekalkan keputusan Penolong Kanan Pendaftar dan Rayuan XYBase ke Mahkamah Rayuan masih menanti pelupusan.

 

Di dalam tindakan ini Perbadanan Usahawan memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan XYBase di bawah A18 k 19(1) (a), (b), (c) atau (d) atas alasan tuntutan XYBase

 

2

 

Alasan Penghakiman No: D3-22-1259-2004

 

bersandarkan pengataan kosong dan tidak mengandungi butir-butir untuk dibicarakan, adalah mengaibkan dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Permohonan ini telah dibenarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar yang bijaksana. Di hadapan saya kini (kand 44) adalah rayuan XYBase terhadap keputusan yang tersebut.

 

Peguamcara XYBase yang bijaksana antara lain berhujah bahawa jika pun tuntutan XYBase tidak boleh menjadi pembelaan kepada tuntutan Perbadanan Usahawan, ini tidak secara otomatiknya di sisi undang-undang, membenarkan tuntutan XYBase dibatalkan secara terus; dan bahawa dalam mempertimbangkan sama ada untuk membatalkan tuntutan XYBase, Mahkamah perlu yakin atas permukaan pliding dan afidavit bahawa tuntutan XYBase adalah tidak bermerit sama sekali.

 

Bagi pihak Perbadanan Usahawan pula, dihujahkan isu-isu mengenai kedudukan Perbadanan Usahawan sebagai penjamin telah dihujahkan di dalam permohonan penghakiman terus di dalam tindakan D7 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa isu-isu itu tidak perlu dibicarakan. Persamaan isu antara kedua-dua tindakan ini, hujah peguamcara bijaksana, adalah jelas apabila di dalam menentang permohonan A18 oleh Perbadanan Usahawan di sini, XYBase memfailkan Notis Niat Menggunakan Afidavit dan merujuk kepada semua afidavit yang difailkan berkenaan permohonan penghakiman terus Perbadanan Usahawan di dalam tindakan D7. Seterusnya, peguamcara bijaksana juga berhujah bahawa tuntutan XYBase sendiri adalah tidak bermerit dan tidak berasas.

 

3

 

Alasan Penghakiman No: D3-22-1259-2004

 

Saya bersetuju dengan peguamcara Perbadanan Usahawan. Tuntutan XYBase adalah berdasarkan suatu ‘Letter of Comfort’ daripada Perbadanan Usahawan kepada XYBase. ‘Letter of Comfort’ bertarikh 27.3.1988 (eks DNA 1) bagaimanpun jelas tidak menyokong pengataan XYBase mengenai kedudukan Perbadanan Usahawan sebagai penjamin. Surat tersebut berbunyi:-

 

“LETTER OF COMFORT ON LOAN TO POPULAR PROFILE SDN BHD

 

We are aware of the provisions of the Loan agreement and it is our intention to ensure that the borrower is in a position to discharge its liabilities to you as a creditor that the borrower complies with and performs its obligation under the agreement.

 

Nothing in this letter shall render liable to you as guarantor, indemnitor or in any other manner whatsoever in relation to the borrowers obligation to you under or in connection with the facility granted.”

 

Berdasarkan surat di atas, Perbadanan Usahawan tidak boleh dipertanggungjawabkan sebagai penjamin kepada Popular Profile. Sedemikian tuntutan XYBase adalah tidak bermerit dan rayuan XYBase di kand 44 ditolak dengan kos.

 

(DATO’ TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT)

 

HAKIM

 

MAHKAMAH TINGGI MALAYA BAHAGIAN DAGANG KUALA LUMPUR.

 

Bertarikh 18hb Mei 2009

 

4

 

Alasan Penghakiman No: D3-22-1259-2004

 

Tuan Haji Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagi pihak Plaintif Tetuan Haniff Khatri No. 26, Tingkat Atas,

 

Jalan Camar 4/3 Seksyen 4, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya.

 

Cik Aerrene Eng Tiong Mei bersama Cik Nur Azwa binti Fadzil dan Cik CY Chew bagi pihak Defendan Tetuan Jal & Lim Peguamcara dan Peguambela Peti # 3, Tingkat 5, East Block Wisma Selangor Dredging 142-B, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur.

 

5

PDF Source: http://kl.kehakiman.gov.my