Malaysia Building Society Bhd Vs Mohamad Salleh Yong Bin Abdullah

  

Download PDF Here

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

 

(BAHAGIAN DAGANG)

 

GUAMAN NO: 22M-153-12/2014

 

ANTARA

 

MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD (9417-K) – PLAINTIF

 

DAN

 

MOHAMAD SALLEH YONG BIN ABDULLAH

 

(NO. K/P: 740825-01-6132) – DEFENDAN

 

ALASAN PENGHAKIMAN

 

Lampiran 7 ialah permohonan defendan untuk mendapatkan kebenaran bagi lanjutan masa bagi memfailkan dan menyampaikan Penyataan Pembelaannya. Alasan yang diberikan bagi permohonan ini ialah peguamcara defendan tidak mempunyai pengetahuan bahawa Mahkamah telah mengarahkan pihak-pihak

 

i

 

untuk memfailkan Pembelaan dan seterusnya Jawapan kepada Pembelaan pada tarikh tertentu.

 

[2] Dalam hal ini peruntukan undang-undang yang relevan ialah Aturan 18 Kaedah 2(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti yang berikut:

 

“2(1)Subject to paragraph (2), a defendant who enters an appearance in, and intends to defend, an action shall, unless the Court gives leave to the contrary, serve a defence on the plaintiff before the expiration of fourteen days after the time limited for appearing or after the statement of claim is served on him, whichever is the later.”

 

[3] Peruntukan di atas nyata menghendaki defendan menyerahkan pembelaannya sebelum tamatnya tempoh 14 hari selepas Memorandum Kehadiran dimasukkan. Di dalam kes ini defendan telah memasukkan Memorandum Kehadiran pada 26 Disember 2014. Namun Penyata Pembelaan defendan hanya diserahkan kepada peguamcara plaintif pada 15 Februari 2015

 

2

 

iaitu selepas 41 hari dari tarikh kemasukan Memorandum Kehadirannya.

 

[4] Saya telah meneliti permohonan ini dan menimbangkan hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Pihak defendan bergantung kepada fakta bahawa kononnya defendan tidak diberitahu tentang arahan Mahkamah oleh peguamcara plaintif yang menyebut bagi pihaknya tentang tarikh-tarikh tertentu untuk memfailkan pliding. Alasan defendan ini, dengan hormatnya, pada pandangan saya, tidak boleh diterima kerana, samada diberitahu atau pun tidak, pihak peguamcara defendan patut mengetahui kedudukan undang-undang seperti yagn disebut di dalam A18 k 2 yang dipetik di atas. Di dalam kes Tractors Malaysia Berhad v Southern Estates Sdn Bhd [1984] 1 CLJ 154, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kesilapan peguam tentang soal undang-undang tidak boleh menjadi alasan yang mencukupi untuk membenarkan pelanjutan masa memfailkan notis rayuan.

 

3

 

[5] Undang-undang yang dibuat hendaklah dipatuhi. Ketidakpatuhan kepada kaedah-kaedah yang digubal adalah merupakan penyalahgunaan proses. Rujuk keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Trustees of Leong San Tong Kongsi (Penang) Registered & Anor v Lee Boon Tin [1998] 4 CLJ 368 yang telah memetik Lord Woolf MR dalam kes Arbuthnot Latham Bank Ltd v Trafalgar Holdings Ltd & Others [1997] YLR 698 seperti yang berikut:

 

“ The existing rules contain time limits which were designed to achieve the disposal of litigation within a reasonable time scale. Those rules should be observed ”……….

 

The change in culture which was already taking place would enable courts to recognize for the future, more readily than heretofore, that a wholesale disregard of the rules was an abuse of process.”

 

Rujuk juga kes Ong Guan Teck & Ors v Hijjas [1982] 1 MLJ

 

105.

 

4

 

[6] Peguamcara defendan meminta mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan Notis Permohonan ini. Namun, saya berpendapat bahawa defendan telah gagal untuk memberikan keterangan yang memuaskan dan sah tentang kelewatannya memfailkan Pernyataan Pembelaan itu sebelum Mahkamah boleh menggunakan budi bicara sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan ini.

 

[7] Bukan itu sahaja, jika diteliti eksibit A1 kepada Lampiran 8 Afidavit Sokongan Defendan, iaitu surat peguamcara defendan kepada peguamcara plaintif, peguamcara defendan ada menyebut “ for us to file our defence, which has to be filed by 19th January 2015.” Jadi jelas ternyata bahawa peguamcara defendan sebenarnya sedar bilakah Pernyataan Pembelaan itu patut difailkan namun hanya memfailkan dan menyerahkan kepada plaintif pada 15 Februari 2015. Ini menguatkan pandangan saya bahawa sebenarnya tiada merit di dalam permohonan ini.

 

5

 

Kesimpulan

 

[8] Atas alasan-alasan yang dinyatakan itu, saya menolak Lampiran 7 dengan kos. Berikutan ini, penghakiman ingkar pembelaan dimasukkan terhadap defendan.

 

DATO’ ZALEHA BINTI YUSOF HAKIM

 

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR

 

Bertarikh : 27 Februari 2015

 

Bagi Plaintif: Mohd Shahir bin Mohd Isa; Tetuan Adam Bachek & Associates

 

Bagi Defendan: Roseline Sheila a/p Thomas Cherian; Tetuan Abdullah & Zainuddin

 

6

PDF Source: http://kl.kehakiman.gov.my