Kosi Engineering Sdn Bhd V Panzana Enterprise Sdn Bhd

  

Download PDF Here

Alasan Penghakiman No: D5-22-1496-2003

 

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

 

(BAHAGIAN DAGANG)

 

GUAMAN NO: D5-22-1496-2003

 

ANTARA

 

KOSI ENGINEERING SDN BHD … PLAINTIF

 

DAN

 

PANZANA ENTERPRISE SDN BHD … DEFENDAN

 

ALASAN PENGHAKIMAN OLEH YANG ARIF HAKIM DATO’ TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT

 

1

 

Alasan Penghakiman No: D5-22-1496-2003

 

Tuntutan plaintif terhadap defendan adalah bagi kerja-kerja pembinaan ‘multimedia gateway’ di mana defendan telah melantik plaintif sebagai sub-kontraktor bagi kerja-kerja tersebut. Tuntutan dibuat berasaskan invois-invois yang dikeluarkan oleh plaintif kepada defendan berjumlah RM524,745.38. Butir-butir invois adalah seperti berikut:-

 

Tarikh No. Invois Jumlah

 

24.9.2002 306/02 RM 44,926.25

 

30.10.2002 399/02 RM 45,000.00

 

24.10.2002 371/02 RM194,691.45

 

1.11.1002 416/02 RM 1,528.80

 

26.11.2002 491/02 RM229,709.08

 

23.12.2002 547/02 RM 8,889.80

 

JUMLAH RM524,745.38

 

Melalui perenggan 5 penyata tuntutan, plaintif memplid bahawa defendan telah membuat pembayaran sebanyak

 

RM150,000.00 menjadikan jumlah yang dituntut melalui writ saman dan penyata tuntutan sebanyak RM374,375.38.

 

Selepas pemfailan writ saman dan penyata tuntutan, plaintif melantik Strategic Edition Sdn Bhd untuk menuntut jumlah terhutang daripada defendan, iaitu sebanyak RM362,840.72 setakat 5.2.2007. Hal ini dimaklumkan oleh plaintif kepada defendan melalui surat bertarikh 5.2.2007 (eksibit P14). Secara khusus plaintif memaklumkan bahawa “All cheques must be … made payable to KOSI ENGINEERING SDN BHD.”

 

2

 

Alasan Penghakiman No: D5-22-1496-2003

 

Adalah keterangan PW1 bahawa defendan telah membuat pembayaran sebanyak RM180,000.00, iaitu sebanyak RM70,000.00, RM40,000.00 dan RM70,000.00 masing-masing pada 6.2.2007, 8.2.2007 dan 20.2.2007. Dengan itu tuntutan plaintif terhadap defendan kini adalah untuk jumlah RM182,840.72 (RM362,840.72 ditolak RM180,000.00).

 

Pertikaian di dalam kes ini hanyalah mengenai jumlah sebenar yang terhutang oleh defendan kepada plaintif. Plaintif bergantung kepada invois-invois yang dinyatakan di atas untuk menyokong tuntutannya. Saya berpendapat plaintif gagal membuktikan keberhutangan defendan berdasarkan keseluruhan invois-invois tersebut. Ini kerana berdasarkan eksibit P6(i), P6(ii), P6(iii) dan P6(iv), hanya RM469,326.78 disahkan oleh defendan. Daripada jumlah ini dan sebagaimana yang diplid oleh plaintif, defendan telah membayar sebanyak RM150,000.00 meninggalkan baki RM319,326.78.

 

Seterusnya, daripada baki RM319,326.78 itu, defendan mengatakan mereka telah membayar sebanyak RM230,000.00 kepada plaintif. DW1 di dalam keterangannya merujuk kepada dokumen-dokumen berikut untuk menunjukkan pembayaran tersebut:-

 

eksibit D16 – sebanyak RM70,000.00 pada 6.2.2007 eksibit D17 – sebanyak RM40,000.00 pada 8.2.2007 eksibit D18 – sebanyak RM70,000.00 pada 20.2.2007 eksibit D19 – sebanyak RM15,000.00 pada 5.4.2007

 

3

 

Alasan Penghakiman No: D5-22-1496-2003

 

eksibit D20 – sebanyak RM10,000.00 pada 21.6.2007 eksibit D21 – sebanyak RM15,000.00 pada 31.5.2007 eksibit D22 – sebanyak RM10,000.00 pada 16.3.2007

 

Berdasarkan keterangan DW1 ini, dihujahkan oleh peguamcara bijaksana defendan bahawa liabiliti defendan, jika ada, hanyalah untuk jumlah RM89,326.78.

 

KEPUTUSAN

 

Pembayaran oleh defendan melalui eksibit D16, D17 dan D18 diakui oleh plaintif manakala selebihnya (eksibit D19 hingga D22) dinafikan. Saya berpendapat eksibit D19 hingga D22 tidak membuktikan bahawa pembayaran sebanyak RM50,000.00 sebenarnya telah dibuat kepada plaintif. Eksibit-eksibit D19 hingga D22 menunjukkan “payment voucher” adalah kepada “Kosi Engineering Sdn Bhd (Strategic Edition Sdn Bhd)”. Defendan tidak mengemukakan salinan cek-cek untuk menunjukkan bahawa cek-cek telah dikeluarkan atas nama plaintif seperti diarah oleh plaintif kepada defendan melalui surat di eksibit P14. Perlu juga diberi perhatian bahawa “payment voucher” di eksibit D16, D17 dan D18 mempunyai akuan penerimaan oleh plaintif, manakala eksibit D19, D20, D21 dan D22 tidak mempunyai akuan penerimaan sedemikian.

 

Berdasarkan hal yang tersebut di atas, saya berpendapat plaintif telah membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan masih berhutang kepadanya sejumlah RM139,326.78

 

4

 

Alasan Penghakiman No: D5-22-1496-2003

 

(RM319,326.78 tolak RM180,000.00). Penghakiman dengan itu dimasukkan terhadap defendan untuk RM139,326.78 dengan faedah 8% setahun daripada tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh dan kos untuk ditaksirkan (jika tidak dapat dipersetujui).

 

(DATO’ TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT)

 

HAKIM

 

MAHKAMAH TINGGI MALAYA BAHAGIAN DAGANG KUALA LUMPUR

 

Bertarikh 27hb Mei 2010

 

5

 

Alasan Penghakiman No: D5-22-1496-2003

 

Encik Alvin Loo Wi-Chung bagi pihak Plaintif

 

Tetuan Cheah Poh Gek & Associates

 

Peguambela dan Peguamcara

 

3A-03, Plaza Seri Setia

 

No. 1, Jalan SS 9/2, Seri Setia

 

47300 Petaling Jaya

 

Selangor.

 

Encik Faizal bin Hassan bagi pihak Defendan

 

Tetuan Edlin Ghazaly & Associates

 

Peguambela dan Peguamcara

 

Level 22, Menara Tun Razak

 

Jalan Raja Laut

 

50350 Kuala Lumpur.

 

Tetuan Rashidah Muzafar & Azwar bagi pihak Defendan

 

Peguambela dan Peguamcara yang terdahulu

 

Suite 15.1 & 15.2

 

15th Floor, Menara Aik Hua

 

Changkat Raja Chulan

 

50200 Kuala Lumpur.

 

6

PDF Source: http://kl.kehakiman.gov.my