Hong Leong Bank Berhad V Prowang Development Sdn Bhd

  

Download PDF Here

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

 

(BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN NO. D6-28-746-2008

 

Dalam perkara Prowang Development Sdn Bhd

 

DAN

 

Dalam perkara Seksyen 217 (1)(b), Seksyen 218 (1)(e) dan (i) dan Seksyen 218 (2) Akta Syarikat,1965

 

ANTARA

 

HONG LEONG BANK BERHAD … PEMPETISYEN

 

DAN

 

PROWANG DEVELOPMENT SDN BHD … RESPONDEN

 

1

 

ALASAN PENGHAKIMAN

 

Guarnan No. D5-28-744-2008 dan Guarnan No. D7-28-745-2008 didengar bersama dengan Guaman No. D6-28-746-2008 memandangkan fakta dan undang-undang yang terlibat adalah sama.

 

Pempetisyen telah memfailkan Petisyen (kandungan 1) untuk menggulungkan Responden berdasarkan notis di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat, 1965 (Akta Syarikat).

 

Fakta Kes

 

1. Responden, Prowang Development Sdn Bhd telah diperbadankan pada 17.2.1997 di bawah Akta Syarikat 1965 dan beralamat di Suit 8-13-6, Mutiara Bangsar, 8 Jalan Liku, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur. Modal nominal Responden adalah RM100,000.00 dibahagikan kepada 100,000 syer-syer sebanyak RM1.00 tiap-tiap satu. Objek Syarikat antara lain adalah “to carry on the trade or business of builders and contractors for construction work of any kind”. Responden telah berhutang dengan Pempetisyen, Hong Leong Bank Berhad sebanyak RM3,311,900.20 dan

 

2

 

faedah atas jumlah tersebut pada kadar pinjaman asas dengan rebat bulanan dari 1.3.2002 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM225.00 menurut suatu penghakiman yang diperolehi terhadap Responden. Suatu notis menurut Seksyen 218(2)(a) Akta Syarikat 1965 telah diserahkan pada 6.3.2008 secara serahan tangan kepada Responden namun Responden gagal membayar jumlah tersebut atau sebahagiannya atau membuat sebarang tawaran kepada Pempetisyen untuk menyelesaikan hutang tersebut. Pempetisyen menyatakan bahawa Responden tidak dapat membayar hutangnya mengikut Seksyen 218 Akta Syarikat dan oleh itu patut digulungkan. Pempetisyen menyatakan bahawa adalah adil dan saksama bahawa Responden digulungkan. Pempetisyen memohon seperti berikut :

 

(a) Bahawa Prowang Development Sdn Bhd hendaklah digulungkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan-peruntukan Akta Syarikat-Syarikat 1965 ;

 

(b) Bahawa Encik Lim Tian Huat hendaklah dilantik sebagai Likuidator Persendirian Syarikat itu ;

 

3

 

(c) Bahawa kos Petisyen ini hendaklah dibayar dari aset-aset Syarikat itu;

 

(d) Bahawa perintah-perintah lain hendaklah dibuat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

 

2. Bagi menentang penggulungan tersebut, Responden pada asasnya telah mengemukakan alasan-alasan berikut :

 

(a) Responden telah cuba menjelaskan apa-apa wang kepada Pempetisyen melalui pembiayaan semula. Walaubagaimanapun, Bank yang sepatutnya mempertimbangkan permohonan pembiayaan semula telah menangguhkan kelulusan kerana “global slow down of economy”.

 

(b) Responden adalah solven kerana mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar Pempetisyen kerana nilai tanah yang digadai oleh Responden kepada Pempetisyen bernilai RM29,000,000.00 semasa pinjaman kewangan diberikan oleh Pempetisyen dan “force sale” nilai berjumlah RM20,300,000.00

 

4

 

sedangkan hutang yang dituntut hanyalah berjumlah

 

RM6,144,617.50. Oleh itu Responden mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar Pempetisyen.

 

(c) Petisyen tersebut adalah pra-matang kerana Pempetisyen masih belum menggunakan semua remedi yang ada sebelum memulakan prosiding penggulungan terhadap Responden. Dalam hal ini Pempetisyen masih belum menjual tanah yang digadaikan kepada Pempetisyen.

 

(d) Pempetisyen telah mengadakan suatu Perjanjian Jual Beli pada 28.10.2009 dengan Yayasan Pekida Malaysia (pembeli) untuk menjual tanah tersebut kepada pembeli pada harga RM25,000,000.00.

 

Keputusan

 

3. Di dalam kes ini, Responden tidak mempertikaikan langsung jumlah hutang yang dituntut. Apa yang dihujahkan oleh Responden adalah

 

5

 

bahawa ianya tidak insolven memandangkan nilai tanah yang dimilikinya melebihi nilai hutang yang dituntut oleh Pempetisyen.

 

4. Responden perlu menjelaskan hutang kepada Pempetisyen apabila tuntutan di bawah Seksyen 218 (2)(a) dikemukakan. Apabila Responden tidak dapat menjelaskan hutang tersebut dalam tempoh tiga minggu dari tarikh tuntutan, Responden dianggap tidak dapat membayar hutangnya dan oleh itu merupakan suatu keadaan yang membolehkan Responden digulungkan.

 

5. Kegagalan membayar hutang di bawah seksyen 218 (1)(e) Akta Syarikat merupakan suatu alasan yang lazim bagi suatu perintah penggulungan. Mahkamah Rayuan di dalam kes Pontian United Theatre Sdn Bhd v Southern Finance Bhd (formerly known as United Merchant Finance Bhd) [2006] 2 MLJ 602 menyatakan bahawa :

 

“A judgment for a sum establishes the debt, which then becomes due to the person to whom it is owed, who then becomes the creditor. The sum remains due even though the debtors’ appeal against the judgment is pending, because an appeal does not operate as a stay of

 

6

 

execution. The sum must be paid unless execution of the judgment has been stayed, in which event it is no longer due. In this case, there was no stay of execution of the summary judgment. The sum was therefore due when the demand under s 218(2)(a) was made. By the appellants’ failure to settle the demand for three weeks after it was made, they were to be deemed to be unable to settle their debts, a circumstance which constituted one of the grounds on which the appellants could be wound up.”

 

6. Ujian bagi menentukan ‘insolvency’ sesuatu syarikat itu telah dijelaskan oleh Hakim Abdul Malik (pada masa ini Hakim Mahkamah Rayuan) di dalam kes Pioneer Concrete (Malaysia) Sdn Bhd v Celini Corporation Sdn Bhd [1999] 5 CLJ 145 di mana beliau menyatakan bahawa :

 

“It is germane to mention that the test of commercial insolvency is simple. It is this. Whether the company is unable to meet its current debts as they fall due? A company may have substantial wealth which cannot be realised immediately and if that happens the company is said to be unable to pay its debts within the purview and ambit of s. 218(1)(e) of the Companies Act 1965 and this is so even though on

 

7

 

liquidation the company will be able to meet all its liabilities: Re Sunshine Securities Pte Ltd [1978] 1 MLJ 57; Wei Giap Construction Co (Pte) Ltd v. Intraco Ltd [1979] 2 MLJ 4; Malayan Plant (Pte) Ltd v. Moscow Norodny Bank Ltd [1980] 2 MLJ 53; Hotel Royal Ltd Bhd v.

 

Tina Travel & Agencies Sdn Bhd [1990] 1 MLJ 21; MBf Finance Bhd v.

 

Sri Hartamas Development Sdn Bhd [1992] 1 CLJ 160, 169; Lian Keow Sdn Bhd v. Overseas Credit Finance (M) Sdn Bhd [1988] 2 MLJ 449,

 

454 and Pt Anekapangan Dwitama V. Far East Food Industries Sdn Bhd [1998] 4 BLJ 437.”

 

7. Kes-kes di atas juga telah dirujuk dan diterimapakai oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Gulf Business Construction (M) Sdn Bhd v Israq Holding Sdn Bhd & Another Case [2010] 1 LNS 360.

 

8. Isu mengenai ‘insolvency’ syarikat juga telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan (Singapura) di dalam kes Re Sunshine Securities (Pte) Ltd; Sunshine Securities (pte) Ltd. & Anor v Official Receiver and Liquidator of Mosbert Acceptance Ltd [1978] 1 MLJ 57. Di dalam kes tersebut Mahkamah telah membuat rujukan kepada Buckley on the Companies Acts, 13th Edition (muka surat 46) yang menyatakan seperti berikut :

 

8

 

“The particular indications of insolvency mentioned in paragraphs (a),

 

(b) and (c) are all instances or commercial insolvency, that is of the company being unable to meet current demands upon it. In such a case it is useless to say that if its assets are realised there will be ample to pay twenty shillings in the pound: this is not the test. A company may be at the same time insolvent and wealthy. It may have wealth locked up in investments not presently realisable; but although this be so, yet if it have not assets available to meet its current liabilities it is commercially insolvent and may be wound up.”

 

9. Di dalam kes ini, Peguam bagi Responden telah mengemukakan sesalinan Perjanjian Jual Beli bertarikh 28.10.2009 di antara Responden dengan Pembeli berhubung dengan hartanah yang dimiliki oleh Responden, Vivajati Sdn Bhd dan Eternal Sdn Bhd bagi membuktikan bahawa Responden tidak insolven. Sehubungan ini saya telah meneliti Perjanjian Jual Beli tersebut dan mendapati bahawa Pembeli bersetuju untuk membeli tanah yang dimiliki oleh Responden, Vivajati Sdn Bhd dan Eternal Sdn Bhd pada harga RM25,000,000.00. Jumlah tersebut hendaklah dibayar oleh Pembeli seperti berikut :

 

9

 

(a) Ernest Deposit hendaklah dibayar dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh perjanjian.

 

(b) Balance Deposit dibayar dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh perjanjian.

 

(c) Balance Purchase Price di bayar dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh bayaran ‘Balance Deposit’.

 

10. Mahkamah mendapati tidak terdapat apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa Pembeli telah membuat apa-apa bayaran berkenaan dengan cadangan penjualan hartanah tersebut oleh Responden. Sehubungan ini didapati bahawa tempoh bagi apa-apa bayaran yang perlu dibuat oleh Pembeli di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut telahpun luput. Peguam bagi Responden tidak menafikan bahawa sehingga tarikh perbicaraan, tiada apa-apa bayaran dibuat oleh Pembeli berhubung cadangan penjualan hartanah tersebut. Oleh itu, Perjanjian Jual Beli tersebut tidak wajar diberi pertimbangan oleh Mahkamah bagi menyokong hujahan Responden bahawa syarikatnya adalah tidak insolven. Kes Datuk Mohd Sari Datuk Nuar v Idris Hydraulic (Malaysia) Berhad [1996] 3

 

10

 

CLJ 877 dan kes RHB Bank Bhd v Gunasingam Ramasingam [2002] 5

 

CLJ 544 yang dirujuk oleh Peguam Responden boleh dibezakan dan tidak diikuti.

 

11. Setelah mempertimbangkan keterangan melalui afidavit yang telah dikemukakan dan setelah mendengar hujahan Peguam oleh Pempetisyen dan Responden, Mahkamah mendapati bahawa Responden adalah insolven. Di dalam kes ini walaupun nilai tanah yang dimiliki oleh Responden adalah melebihi nilai hutang yang dituntut oleh Responden, hakikatnya adalah bahawa Responden tidak dapat menjelaskan hutangnya pada masa tuntutan dibuat. Oleh itu Responden tidak berupaya untuk menjelaskan hutangnya bagi maksud Seksyen 218 (1) (c) Akta Syarikat. MBf Finance Bhd v Sri Hartamas Development Sdn Bhd [1992] 1 CLJ 160 terpakai.

 

12. Di dalam kes MBf Finance Bhd v Sri Hartamas Development Sdn Bhd [1992] 1 CLJ 160, 169 Mahkamah menyatakan bahawa :

 

“A Company may be at the same insolvent and wealthy. It may have wealth locked up in investments not presently realizable; but although

 

11

 

this be so, yet if it have not assets available to meet its current liabilities it is commercially solvent and may be wound up”.

 

13. Berhubung dengan hujahan Responden bahawa tuntutan hutang oleh Pempetisyen adalah pra-matang, dan Pempetisyen sepatutnya terlebih dahulu menjual tanah yang telah digadaikan itu sebagai sekuriti pinjaman oleh Responden, Mahkamah Rayuan di dalam kes Pontian United Theatre Sdn Bhd v Southern Finance Bhd menyatakan bahawa :

 

“To require the lender to first realize his security before suing for the debt would unduly delay the recovery of the debt, especially where, as in this case, the enforcement of the charge had been successfully opposed and the matter was under appeal, so that the charger would have to wait until he succeeds at a level of appeal or until he finally loses at the final level of appeal before being able to sue for the debt.”

 

14. Menggunapakai prinsip di dalam kes di atas, saya mendapati bahawa hujahan Responden tidak boleh disokong kerana Pempetisyen tidak mempunyai obligasi untuk menjual tanah tersebut terlebih dahulu bagi menjelaskan hutang Responden.

 

12

 

Berdasarkan alasan-alasan di atas, permohonan Pempetisyen

 

seperti di perenggan 13 Pempetisyen (Kandungan 1) dibenarkan.

 

Dated : 5.5.2010

 

(DATUK HANIPAH BINTI FARIKULLAH)

 

JUDICIAL COMMISSIONER HIGH COURT KUALA LUMPUR (COMMERCIAL DIVISION)

 

13

PDF Source: http://kl.kehakiman.gov.my