Gunasingam A/L Ramasingam Vs Mbf Finance Bhd

  

Download PDF Here

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

 

(BAHAGIAN DAGANG)

 

DALAM KEBANKRAPAN NO. D1-29-6366-1992

 

ANTARA

 

PER: GUNASINGAM A/L RAMASINGAM – PENGHUTANG PENGHAKIMAN

 

DAN

 

EX PARTE: MBF FINANCE BERHAD – PEMUITANG PENGHAKIMAN

 

ALASAN PENGHAKIMAN

 

Lampiran 109 ialah permohonan Penghutang Penghakiman (JD) untuk perintah-perintah seperti yang berikut ( saya petik perkataan sebenar yang digunakan oleh JD):

 

i. Beri kebenaran – “leave” – locus standi” untuk failkan rayuan-rayuan dan permohonan ini. ( Order to rehear by MAHKAMAH RAYUAN No. w-03(IM)-63-05/2014 pada 05 November 2014. (Seeking to proceed with this application & appeals – endorsement for Civil High court Order Granting

 

i

 

Leave di Hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam bin Mydin Meera, pada 19 HB DISEMBER 2013. ( Reference is made to Puan Zaridah binti Y. Abdul Jaapar – Pendaftar’s letter dated 6.11. 2013 requesting me to obtain leave of the court which made me a vexatious litigant before filing application in any court.);

 

ii. Mengenepikan ( set aside) Perintah-Perintah yang telah diputuskan (i) oleh Pendaftar pada 3 hb September, 2013 Kandungan 84 & 25 hb Februari 2014 Kand.92, (ii) oleh YA Hanipha B. Farikula – 01 hb November, 2013 on Enc. 85 -No. D1-29-6366-1992 as perayu tidak berpuas dengan keputusan-keputusan ;

 

iii. Charge created for CONNOL (M) Sdn Bhd on 14.10.1998 with PHEE AH ANG – Bankrupt’s signature is invalid , (CA has verified evidences)

 

2

 

iv. Review Pemohon GUNASINGAM A/L RAMASINGAM’S

 

STATUS Reviewed dan Annulled – Invalid AO/RO dated 14.6. 1996 – invalid MBF Bankruptcy Action No. D1-29-6366-92 ((CA has verified evidences); dan

 

v. Kos fixed costs of RM50,000.00 for this application/damages bagi permohonan ini to be assessed from Day 1 for 24 years in all courts – illegal court action/illegal bankruptcy action and illegal sabotage against civil court damage claims in all courts. Lain-lain arahan/atau perintah yang difikirkan adil serta wajar oleh Mahkamah yang mulia ini.

 

[2] Alasan permohonannya ini ialah ( saya petik perkataan sebenar yang digunakan oleh JD):

 

“ Court of Appeal order to rehear application. Notis Permohonan with Form 56, affidavits to rehear Enc. 84, 85, 92 & 97 – Court of Appeal records – all documents filed in HC & CA menyokong to rehear by a new Hon Judge – MBF invalid judgment/invalid court action review encs. 84, 85 92 & 97 to consider and review sabotages damage claims, my status, annul AO/RO. No record

 

3

 

of Court Hearing/Judgment in court minutes & cause book on 26.5.1992 and court action originated from a fraud, null & void and unenforceable documents with collusion and misrepresentation. Miscourage of Justice and abuse in courts confirmed beyond any doubt. All learned judges in all courts todate – 24 years have never seen extracted valid sealed judgment as it does not exists. “

 

[3] Relif yang dipohon oleh JD di atas amatlah mengelirukan. Namun jika dikaji latar belakang kes JD ini dan jika dibaca perintah yang dipohon dan alasan permohonannya, ternyata bahawa permohonan ini dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah dibuat pada 05 November 2014 yang telah membenarkan rayuan JD untuk mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan supaya lampiran 97 didengar semula di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

 

[4] Sebagai latar belakang ringkas, Perintah Penerimaan (RO) dan Perintah Adjudikasi (AO) telah dibuat terhadap JD pada 14 Jun 1996. JD kemudiaannya telah beberapa kali memohon untuk mengenepikan RO dan AO itu tetapi telah ditolak oleh Mahkamah.

 

4

 

Pada 24 Julai 2013, JD telah dilepaskan dari kebankrupannya apabila Ketua Pengarah Insolvensi mengeluarkan Sijil Pelepasan di bawah seksyen 33A(1) Akta Kebankrapan.

 

[5] Namun JD telah melalui Kandungan 84 memohon untuk menggantung RO dan AO sehingga permohonannya di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan didengar serta juga untuk membatalkan (annul) RO dan AO. Kandungan 84 itu telah ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar pada 03 September 2013 atas alasan ianya telah menjadi akademik. Rayuan beliau kepada hakim dalam kamar melalaui Kandungan 85 juga telah ditolak pada 01 November 2013.

 

[6] Kandungan 92 ialah cubaan kali kelima oleh JD untuk membatalkan RO dan AO. Sekali lagi JD merayu kepada hakim dalam kamar melalui Kandungan 97 dan rayuan ini juga telah ditolak.

 

5

 

[7] Tidak berpuas hati dengan keputusan hakim di Kandungan 97, JD telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan seperti yang disebut di awal tadi dan Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan beliau dan memerintahkan supaya Kandungan 97 didengar di hadapan hakim yang lain.

 

[8] Perlu juga disebut, bahawa di dalam setiap permohonan beliau yang terdahulu termasuklah di Kandungan 84 dan 92, terdapat juga prayer yang sama seperti di dalam prayer (iii) Kandungan 109 ini. Sebetulnya kesemua kes ini sebenarnya melibatkan relif yang sama yang dipohon oleh JD. Saya berpendapat isu berkenaan “ charge” ini tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ianya telahpun dibangkitkan di dalam tindakan sivil terhadap JD melalui kes No.S5-22-754-1990 yang mana penghakiman kes itulah yang telah menjadi asas kepada tindakan kebankrapan terhadap JD.

 

[9] Apa yang lebih penting pada pandangan saya, isu yang sebenarnya di hadapan saya ialah perintah Mahkamah Rayuan yang memutuskan supaya Lampiran 97 didengar semula di

 

6

 

hadapan seorang hakim yang lain. Jadi, saya berpandangan bahawa pemfailkan Notis Permohonan di Kandungan 109 oleh JD ini adalah salah. JD tidak sepatutnya memfailkan Notis Permohonan di Kandungan 109 ini tetapi hendaklah hanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu dan meminta supaya Mahkamah menetapkan satu tarikh baru untuk pendengaran Kandungan 97 di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain. Justeru saya menolak Kandungan 109 dan untuk tidak membuang masa, akan menetapkan satu tarikh baru untuk pendengaran semula Kandungan 97 itu.

 

DATO’ ZALEHA BINTI YUSOF HAKIM

 

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR

 

Bertarikh: 06 Mei 2015

 

7

 

Bagi Pihak Penghutang: Gunasingam a/l Ramasingam ( Wakil sendiri)

 

Bagi Pihak Pemuitang: Vasugi a/p Vasutharam; Tetuan Syed Alwi Ng & Co

 

8

PDF Source: http://kl.kehakiman.gov.my